Khamis, 25 Disember 2008

Asas Mengira Abacus

Sempoa merupakan satu alat kira bagi kaum cina amnya, oleh kerana kaedah pengiraannya sangat bersistematik yang menggunakan metal dan fizikal maka pihak pendidikkan mengambil ia sebagai mata pelajaran asas matematik untuk murid sekolah rendah. Mungkin kita boleh bandingkan alat ini dengan mesin kira (kalkulator). Kelebihan kalkulator hanya pada jasmi semata sedangkan alat kira cina ini mempunyai kelebihan pada metal/rohaniah kanak-kanak kerana ia melatih anak-anak menggerakkan memori supaya dapat mengolah benda-benda yang tidak nampak kepada realiti.

1. Asas Abacus:
Gambarajah ini menunjukan nombor-nombor dalam setiap buah. Pelajar mesti menghafal setiap buah tersebut sebelum beralih kepada pelajaran seterusnya.


2. Selepas pelajar memahami asas abacus dan boleh menghafalnya maka bolehlah kita meneruskan pelajaran kedua ini. Gambarajah ini menunjukkan operasi campur/tambah dalam lingkungan 10. Ibubapa boleh menunjukkan cara asas operasi campur kepada pelajar.


Menambah dalam lingkungan 10 adalah kemahiran fakta asas yang perlu dikuasai secara bertulis atau lisan. Pelajar yang lemah perlulah digalakkan melakukan latih tubi.